SPRM cari Siew Wei bantu siasatan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan pihaknya.
SPRM dalam kenyataannya berkata, lelaki tersebut ialah Mak Siew Wei yang berusia 50 tahun.
Menurutnya, alamat terakhir lelaki itu ialah No 33, Jalan PJU 8/12C, Rafflesia Damansara Perdana, Petaling Jaya, Selangor.
"Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai individu terlibat diminta menghubungi pegawai penyiasat, Khairul Ariffin Ghazali di talian 012-3235996 atau e-mel kepada khairulariffin@sprm.gov.my," kata kenyataan itu pada Sabtu.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
