Trend belia beli rumah baharu meningkat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

IPOH - Pembelian rumah kalangan belia berusia 30 hingga 40 tahun menunjukkan aliran meningkat yang menggalakkan di Perak.

Pengurus Besar Kanan Projek Ipoh MK Land Holdings Berhad (MK Land), Norida Abu Kassim berkata, trend positif itu dapat dilihat dalam tempoh lima tahun ini meskipun dalam situasi kenaikan harga bahan binaan.

Menurutnya, sebagai contoh pembangunan Balsa iaitu projek 74 unit rumah teres dua tingkat di Meru Perdana di sini yang baru dilancarkan tahun lepas telahpun habis terjual.

"Mereka yang membeli ini kebanyakan yang berusia antara 30 ke 40 tahun.

"Sebagai organisasi yang bertanggungjawab, memang kita galakkan tempoh usia sebegitu untuk mereka membeli kediaman sendiri kerana kos pembinaan meningkat dengan sangat cepat.

"Kita tidak tahu pada sama akan datang (jangkaan kenaikan harga rumah), cuma kita berharap rumah-rumah yang ditawarkan dapat membantu mereka memiliki rumah impian," katanya ketika ditemui dalam Jelajah Ramadan MK Land bersama anak-anak yatim dan tahfiz di Galasa Caldwell di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Pengerusi Eksekutif MK Land, Tan Sri Felina Mustapha Kamal dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Ahmad Soalahuddin Al Thani Ahmad Termizi.

Dalam majlis itu, hampir 60 anak yatim dan pelajar tahfiz diraikan dengan pengisian berbuka puasa, solat tarawih berjemaah dan moreh.

Norida berkata, di majlis sama, syarikat pembangunan hartanah itu turut menyerahkan sumbangan duit raya sebagai tanda kemeriahan Syawal.

Artikel Berkaitan:

"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada usaha MK Land untuk menyemarakkan semangat kebersamaan dan memberi inspirasi kepada golongan memerlukan," katanya.

Sementara itu, Jelajah Ramadan yang bermula 13 Mac hingga 24 Mac ini diadakan di empat lokasi utama syarikat beroperasi iaitu di Damansara, Ipoh, Bukit Merah dan Langkawi dengan inisiatif menyantuni lebih 250 anak yatim dan pelajar tahfiz.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!