FGV terbit filem raya 'Nas Si Goreng'

Shammim (dua, kiri) bersama 20 anak yatim dari Pertubuhan Al-Haq yang diraikan pada majlis berkenaan.
Shammim (dua, kiri) bersama 20 anak yatim dari Pertubuhan Al-Haq yang diraikan pada majlis berkenaan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - FGV Holdings Bhd (FGV) menerusi jenama Saji melancarkan filem pendek raya bertajuk Nas Si Goreng sebagai kemuncak kempen Ramadan Raya 2025 bertemakan ‘Saji Rayakan Rasa’.

Ketua Pegawai Eksekutif Delima Oil Products Sdn Bhd, Shammim Azad Kamruzaman berkata, filem berdurasi lapan minit itu menyentuh tema kasih sayang dan kehilangan insan tersayang, selari dengan semangat Aidilfitri.

“Filem ini mengangkat kisah seorang pemuda bernama Anas yang bergelut menerima kehilangan ibunya dan mengubat kesedihan melalui kenangan masakan ibunya.

"Ia menyentuh hati kerana ramai yang pernah melalui pengalaman serupa,” katanya pada majlis pelancaran dan iftar bersama anak-anak yatim di Hotel Seri Pacific, pada Jumaat.

Penerima menerima sumbangan wang tunai RM300 serta barangan keperluan daripada Saji dan Seri Pelangi bernilai RM50.
Penerima menerima sumbangan wang tunai RM300 serta barangan keperluan daripada Saji dan Seri Pelangi bernilai RM50.

Antara pelakon yang membintangi filem berkenaan ialah Fadhli Masoot, Nabila Huda dan Liza Abdullah.

Penggambaran dijalankan selama tiga hari di Banting, Selangor.

Menurut Shammim, filem ini merupakan kesinambungan kejayaan Minyak Maaf, filem pendek raya Saji tahun lalu yang mendapat sambutan hangat rakyat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

“Kali ini, kami lebih fokus kepada emosi kehilangan dan proses penyembuhan. Mesej yang dibawa ialah masa akan mengubat luka, dan masakan menjadi simbol kasih yang ditinggalkan,” ujarnya.

Selain pelancaran filem, program turut meraikan 20 anak yatim dari Pertubuhan Al-Haq Malaysia dengan masing-masing menerima sumbangan tunai RM300 serta barangan keperluan daripada Saji dan Seri Pelangi bernilai RM50.

Inisiatif itu merupakan sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Saji Seikhlas Hati yang telah memanfaatkan lebih 3,000 asnaf sejak 2023.

“Pada April nanti, kita akan bantu 200 asnaf di Kuantan dan membiayai baik pulih rumah mangsa ribut dengan peruntukan RM10,000,” kata Shammim.

Saji turut mengadakan kolaborasi dengan Hotel Seri Pacific dan Serai Group sebagai sebahagian kempen promosi tahun ini.

Antaranya termasuk siri video 18 resipi Ramadan eksklusif dan rumah terbuka khas bernilai RM4,000 untuk dua pemenang bertuah.

Bersempena ulang tahun ke-25, Saji turut melancarkan peraduan berhadiah sehingga RM50,000 dengan hanya pembelian produk minimum RM25 dan bukti pembelian dihantar melalui WhatsApp.

Filem pendek Nas Si Goreng kini boleh ditonton menerusi semua platform digital Saji termasuk YouTube, Facebook, Instagram dan TikTok dengan tanda pagar rasmi #SajiRayakanRasa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!