Rayuan Syed Saddiq tangguh kerana pendakwa raya tidak sihat
20 Mac 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Selepas dua hari hujahan rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bagi mengetepikan sabitan bersalah serta hukuman, empat kesalahan berkaitan dana Armada berlangsung, Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada Khamis, menangguhkan prosiding kepada 17 April depan, lapor wartawan Sinar Harian Nor Azlida Alimin.
Mahkamah menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin memaklumkan tidak dapat meneruskan hujahan kerana mengalami sakit tekak.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #Syedsaddiq