Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Sos Mahsuri tambah keunikan rasa piza ikut selera tempatan 

20 Mac 2025 | VIDEO
A
A
A
Siapa yang tak seronok berbuka puasa dengan piza percuma. Lebih unik, pelajar Universiti Kuala Lumpur (UniKL), British Malaysian Institute turut sama menyiapkan kira-kira 180 kotak piza menggunakan tiga jenis sos Mahsuri Dagang.

Berpeluh juga lihat pelajar berhempas-pulas menyediakan tiga jenis piza, iaitu udang, BBQ dan pepperoni sebelum tiba waktu berbuka.

Pengarah Hal Ehwal Luar Mahsuri Dagang, Mohd Jazri Ikmal Hijaz berkata, walaupun Mahsuri Dagang lebih sinonim dengan produk masakan tradisional Melayu, namun penghasilan piza semalam membuktikan bahawa produk mereka juga boleh digunakan dalam masakan moden.