Berhemat, cekap tenaga sepanjang Ramadan nan mulia

Penggunaan elektrik dengan berhemah terutamanya pada bulan Ramadan mampu menjimatkan kos.
Penggunaan elektrik dengan berhemah terutamanya pada bulan Ramadan mampu menjimatkan kos.
A
A
A

Sepanjang Ramadan ini, orang ramai akan lebih banyak meluangkan masa di rumah sama ada untuk memasak juadah berbuka dan sahur, melaksanakan aktiviti-aktiviti ibadah, serta membuat persiapan menyambut hari raya.

Semua aktiviti ini melibatkan penggunaan peralatan elektrik seperti lampu, kipas, penyaman udara, peti sejuk, ketuhar, periuk elektrik dan lampu untuk pencahayaan tambahan pada waktu malam.

Maka, trend penggunaan elektrik sepanjang bulan Ramadan cenderung meningkat kerana berlakunya perubahan dan pertambahan rutin harian. Namun, dengan mengamalkan beberapa tip mudah, kita boleh menjimatkan elektrik dengan cara yang lebih lestari.

8 tip mudah sebagai amalan

No Image Caption



1. Pastikan peti sejuk berfungsi dengan baik

Elakkan daripada kerap membuka peti sejuk dan pastikan bahan kedap pada pintunya berkeadaan baik agar kesejukan dapat dikekalkan pada tahap optimum. Susun makanan tidak melebihi 2/3 ruang di dalam peti sejuk supaya hawa dingin dapat mengalir lebih baik sekali gus mengurangkan beban kepada kompresor.

2. Memasak secara bijak

Masak sekali harung untuk berbuka dan bersahur bagi mengurangkan penggunaan elektrik berulang kali. Guna penutup periuk agar masakan cepat masak atau mendidih. Pastikan sumber haba sesuai dengan saiz periuk atau kuali yang digunakan bagi mengelakkan pembaziran tenaga.

Artikel Berkaitan:

3. Guna lampu LED

Kalau dapat, gantikan lampu konvensional dengan lampu LED yang menjimatkan elektrik sehingga 75%, malah lebih tahan lama. Langkah ini dapat membantu memberikan pencahayaan yang baik sambil mengurangkan bil elektrik.

4. Berhemat guna penyaman udara

Laraskan suhu antara 24°C hingga 26°C untuk keselesaan, juga penjimatan elektrik. Tetapkan pemasa untuk mematikan penyaman udara secara automatik. Pastikan semua tingkap dan pintu ditutup rapat supaya penyaman udara berfungsi lebih efisien.

5. Membasuh dengan muatan penuh

Menggunakan mesin basuh dengan muatan penuh, dapat membantu mengurangkan penggunaan elektrik. Sementara cuaca panas, jemurlah cucian di bawah sinaran matahari dan bukannya menggunakan mesin pengering. Lebih banyak elektrik dapat dijimatkan.

6. Lihat menerusi tingkap ketuhar

Sama ada ketika menyediakan juadah berbuka atau membakar kuih raya, gunalah tingkap ketuhar atau oven untuk melihat hasil masakan. Elakkan daripada kerap membuka dan menutup pintu ketuhar kerana haba akan terlepas dan ketuhar akan menggunakan lebih tenaga untuk panas semula.

7. Guna peralatan elektrik cekap tenaga

Menggunakan peralatan elektrik yang dengan penarafan 5 atau 4 bintang dapat menjimatkan elektrik. Di bawah program Nikmat Untuk Rakyat (NUR) oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), pengguna boleh mendapatkan rebat atas pembelian peralatan elektrik cekap tenaga berlabel 4 atau 5 bintang oleh Suruhanjaya Tenaga (ST).

8. Pantau dan rancang penggunaan elektrik

Bagi pengguna yang kediamannya dipasang dengan meter pintar, manfaatkan ciri Energy Budget menerusi aplikasi myTNB untuk merancang dan memantau penggunaan elektrik harian agar sentiasa kekal dalam bajet.

Untuk mendapatkan lebih banyak tip dan trik untuk menjimatkan elektrik, layari www.mytnb.com.my/energy-efficiency. Cekap tenaga bersama TNB, kuasa di tangan anda.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!