Masih ada fitnah terhadap PM walaupun Ramadan - Setiausaha Akhbar Kanan

KUALA LUMPUR - Terdapat usaha giat beberapa pihak yang terus komited menabur fitnah tanpa henti kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan berbagai siri dan cerita lapuk yang diulang-ulang.
Menurut Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah, tohmahan berkenaan juga dibuat walaupun ketika bulan Ramadan.
"Ini menunjukkan keterdesakan pihak-pihak ini untuk cuba mempengaruhi minda masyarakat serta kontangnya idea mereka dalam usaha membangun negara.
"Memanjangkan fitnah terutama di bulan Ramadan merupakan serendah-rendah akhlak dan ditegah keras oleh Islam.
"Namun, kita akan terus memantau rapat agar ia tidak akan sesekali menggugat serta melemahkan semangat serta niat kita dalam menjamin kesejahteraan pada negara dan rakyat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri, pada Rabu. - Awani
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
