Dua penguat kuasa direman akibat rasuah berkaitan dadah

Kedua-dua supek dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi Ahad selepas mendapatkan perintah tahanan reman.
Kedua-dua supek dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi Ahad selepas mendapatkan perintah tahanan reman.
A
A
A

ALOR SETAR - Dua penguat kuasa ditahan reman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebagai balasan tidak mengambil tindakan terhadap seorang lelaki yang memiliki dadah.

Perintah reman sehingga 20 Mac itu dikeluarkan Majistret Siti Norhidayah Mohd Noor di Mahkamah Majistret Alor Setar, pagi Ahad bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Menurut sumber, kedua-dua suspek lelaki berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu ditahan antara jam 4.30 hingga 5.30 petang pada Ahad di Pejabat SPRM Kedah ketika hadir memberi keterangan.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek dipercayai telah meminta dan menerima wang rasuah kira-kira RM1,500 daripada seorang lelaki bagi mengelakkan tindakan undang-undang atas kesalahan memiliki dadah,” katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Ahmad Nizam Ismail ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan memaklumkan bahawa kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana-mana yang lebih tinggi,” jelasnya.

Katanya, SPRM Kedah turut memberi jaminan siasatan akan dijalankan secara telus dan profesional bagi memastikan integriti jabatan penguat kuasa terus terpelihara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!