Nur Fatin akhirnya ke sekolah

Ahli BBM, Amirulzali Omar, Md Tahir, Nur Fatin dan Zurina Zakaria.
Ahli BBM, Amirulzali Omar, Md Tahir, Nur Fatin dan Zurina Zakaria.
A
A
A

BALING - Seorang pelajar dari Kampung Bok Bak kembali memulakan sesi persekolahan minggu ini selepas berhenti pada tingkatan tiga akibat sakit tulang belakang dan menghadapi kekangan kewangan.

Pengerusi Briged Bakti Malaysia (BBM) Cawangan Kedah, Md Tahir Saad berkata, pihaknya telah menguruskan persekolahan Nur Fatin Syafikah, 17, pada minggu kedua persekolahan.

Katanya, Nur Fatin akan belajar semula setelah hampir setahun setengah tidak ke sekolah.

"Dia tidak bersekolah sejak pertengahan 2016 atas sebab kesihatan dan kehidupan keluarganya yang miskin.

"Atas inisiatif BBM Kedah, kita telah usahakan urusan berkaitan dengan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD )Baling. Dalam masa sama, pihak SMK Jerai juga banyak membantu dalam urusan ini. Terutamanya Cikgu Zurina Zakaria (Kaunselor sekolah). Segala urusan dokumentasi berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata, BBM Kedah juga membantu menjelaskan yuran dan membeli uniform dan alat tulis.

"Pihak BBM menghargai usaha pihak PPD Baling, Cikgu Zurina dan semua pihak yang banyak menyokong aktiviti amal ini," katanya.

Sinar Harian pada 24 Disember lalu melaporkan kisah Nur Fatin yang tidak mempunyai pakaian baharu bagi memulakan penggal persekolahan tidak lama lagi.

Artikel Berkaitan:

Nur Fatin bakal meneruskan persekolahan di Tingkatan Lima Januari ini, namun keluarganya tidak mampu menyediakan kelengkapan persekolahan kerana kekangan kewangan.