Gaduh dengan jiran, lelaki bina tembok sekat jalan keluar masuk kampung

Tembok setinggi dua meter dibina seorang lelaki selepas bergaduh dengan jirannya.
Tembok setinggi dua meter dibina seorang lelaki selepas bergaduh dengan jirannya.
A
A
A

JAKARTA - Laluan keluar masuk ke sebuah kampung di Tangerang, wilayah Banten terhalang dengan tembok setinggi dua meter gara-gara perselisihan faham antara dua individu.

Portal Tempo melaporkan, tembok itu dibina oleh seorang lelaki selepas bergaduh dengan jirannya iaitu pasangan suami isteri pada 12 Mac lalu.

Ketua Kampung Lemo, Satria berkata, binaan tersebut mengakibatkan akses keluar masuk ke kawasan berkenaan terhalang.

Menurutnya, seorang wanita bernama Ribo, turut mengadu suaminya yang sedang sakit jantung tidak boleh ke hospital untuk pemeriksaan lanjut kerana laluan terhalang.

Penduduk tempatan mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Penduduk tempatan mengadakan perbincangan untuk menyelesaikan isu berkenaan.

“Video tular yang dimuat naik wanita berkenaan mendapat perhatian apabila menyatakan suaminya tidak dapat ke hospital kerana tiada laluan.

"Isu itu bagaimanapun telah diselesaikan selepas kedua-dua pihak mahu berdamai.

“Penduduk tempatan bersama polis telah merobohkan tembok berkenaan, manakala jalan sudah dapat dilalui oleh warga setempat,” katanya. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!