Suami isteri maut dalam kemalangan baru tiga bulan berkahwin

Keadaan kereta dinaiki pasangan suami isteri yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di KM128.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara. (Foto Bernama) Gambar kecil: Mohamad Shahrul dan isterinya, Norsuhada Kartika.
Keadaan kereta dinaiki pasangan suami isteri yang remuk selepas terlibat dalam kemalangan di KM128.3 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara. (Foto Bernama) Gambar kecil: Mohamad Shahrul dan isterinya, Norsuhada Kartika.
A
A
A

KLUANG - Hasrat sepasang suami isteri untuk melayari rumah tangga bahagia berakhir dengan tragedi apabila mereka maut dalam kemalangan di Kilometer 128.3, Lebuhraya Utara-Selatan (arah utara) pada Sabtu.

Mangsa, Mohamad Shahrul Nizam Ali, 24, dan isterinya, Norsuhada Kartika Razak, 23, mendirikan rumah tangga pada Disember lalu.

Menurut ibu saudara, Nur Nabila Huda Syawal, 23, pasangan itu baru tiga bulan mendirikan dan bersanding pada 4 Januari.

"ALLAH pinjamkan mereka seketika sebelum menjemput kedua-duanya bersama.

"Masuk bulan ini, usia perkahwinan mereka genap tiga bulan. Arwah Shahrul berasal dari Sri Lalang, Kluang dan pasangan itu menetap di Mersing," katanya ketika dihubungi.

Menceritakan detik terakhir sebelum kejadian, Nur Nabila berkata, arwah hanya memaklumkan ingin membawa isterinya ke Kuala Lumpur.

"Mereka cuma cakap nak ke Kuala Lumpur, mungkin nak beli baju raya. Kami tak sangka itu perjalanan terakhir mereka berdua," katanya.

Menurutnya, Shahrul Nizam yang bekerja sebagai penyelia sebuah ladang sawit di Mersing merupakan seorang yang bertanggungjawab, rajin bekerja dan sentiasa melindungi ahli keluarga.

Jenazah Mohamad Shahrul selamat dikebumikan di Sri Lalang, Kluang manakala isterinya, Norsuhada Kartika disemadikan di Mersing.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian 6.30 pagi itu, kereta dinaiki pasangan itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu merempuh besi penghadang lebuh raya dan melintang atas lebuh raya sebelum dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dari arah sama.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, kedua-dua kenderaan terbabit dalam perjalanan dari arah selatan ke utara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!