112 peniaga bazar Ramadan di Kelantan dikompaun

Sebanyak 112 kompaun itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya, kegagalan pengendali makanan yang tidak memakai apron, kasut, tutup kepala serta memakai barangan aksesori. (Gambar kecil: Hilmi) FOTO: IHSAN PEMBACA

A
A
A

KOTA BHARU - Seramai 112 peniaga makanan di bazar Ramadan di negeri ini di kompaun atas pelbagai kesalahan bermula 2 Mac hingga Sabtu membabitkan nilai RM12,300.

Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, ia hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas 3,433 premis di seluruh daerah termasuk gerai tepi jalan.

Sebanyak 112 kompaun itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya, kegagalan pengendali makanan yang tidak memakai apron, kasut, tutup kepala serta memakai barangan aksesori. (Gambar hiasan)

"Jumlah kompaun itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan. Antaranya, kegagalan pengendali makanan yang tidak memakai apron, kasut, tutup kepala serta memakai barangan aksesori," katanya ketika dihubungi pada Ahad.

Menurut beliau, kesemua mereka yang dikenakan kompaun melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009.

Sebanyak 112 kompaun itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya, kegagalan pengendali makanan yang tidak memakai apron, kasut, tutup kepala serta memakai barangan aksesori. (Gambar hiasan)
Sebanyak 112 kompaun itu dikeluarkan atas pelbagai kesalahan antaranya, kegagalan pengendali makanan yang tidak memakai apron, kasut, tutup kepala serta memakai barangan aksesori. (Gambar hiasan)

Ujarnya, bagaimanapun kebanyakan peniaga yang diperiksa mematuhi peraturan sebagaimana ditetapkan sekali gus menyaksikan kompaun yang dikeluarkan rendah berbanding sebelum ini.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!