1MDB: Cendekiawan, penjawat awam juga perlu dipersalahkan

Anwar Ibrahim - Foto Bernama
Anwar Ibrahim - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Golongan cendekiawan dan penjawat awam juga antara yang perlu dipersalahkan kerana membiarkan skandal 1MDB berlaku.

Dalam syarahan program tahunan 'Syarahan Za'ba Pengajian Melayu' di Universiti Malaya hari ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ia kerana mereka hanya membisu dalam isu yang menimpa rakyat dan negara.

"Bukan sahaja pemimpin politik, sarjana, penjawat awam, bukan sekadar membisu, tapi yang bersekongkol untuk mempertahankan kedurjanaan yang menimpa bangsa, rakyat dan negara.

"Berlakunya kebobrokan, kemusnahan sistem, rompakan begitu besar bukan semata-mata kerana nafsu serakah beberapa pemimpin politik, tetapi kerana golongan sarjana yang membisu, yang sanggup jadi perkakasan murahan atas nama kaum atau agama. Serban makin besar, janggut makin panjang, degree mungkin berjela tapi tak ada hati nurani dan etika," katanya dipetik menerusi portal berita Malaysiakini hari ini.

Anwar berkata, skandal itu tak mungkin dipadamkan kerana sudah berlalu, tetapi ia harus diperbetulkan.

"Jangan gedung-gedang, makmal, perpustakaan dan profesor-profesor yang gagah ini sekadar memverikan pendidikan, tapi tak mampu lahirkan manusia yang punyai akhlak dan faham prinsip etika dalam hidup diri mereka, keluarga, masyarakat dan tentunya negara merdeka," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bagaimana 1MDB dibongkar]

Kontroversi 1MDB dikatakan menjadi skandal kleptokrasi global paling buruk.

Artikel Berkaitan: