Godaan platform e-dagang

Selalunya lebih banyak diskaun ditawarkan kepada pelanggan semasa sesi live penjual di platform e-dagang.
Selalunya lebih banyak diskaun ditawarkan kepada pelanggan semasa sesi live penjual di platform e-dagang.
A
A
A

SHAH ALAM -Rata-rata platform e-dagang menawarkan polisi pemulangan percuma dan bayaran balik sebagai jaminan kepada ketelusan produk yang dijual.

Di samping itu, pelbagai baucar dan diskaun turut disediakan bagi memberi pilihan kepada pengguna untuk berbelanja mengikut bajet yang bersesuaian.

Pengarah Kerjasama Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Abdul Aziz berkata, platform tersebut tidak terkecuali dalam usaha menarik minat pengguna selain memastikan proses selepas jualan lebih mudah dan adil.

“TikTok Shop Malaysia turut menyediakan garis panduan penyenaraian produk dan penguatkuasaan garis panduan pendaftaran penjual bagi memastikan tiada produk dan penjual yang melanggar peraturan operasi dalam platform berkenaan.

“Kami juga menawarkan jaminan ketulenan 100 peratus bagi semua produk jenama tempatan dan antarabangsa yang mempunyai lencana 'Mall' pada halaman produk.

“Pembeli juga boleh menikmati sehingga empat jenis baucar serentak termasuk baucar penghantaran percuma, bonus tambahan, baucar penjual dan baucar 'EXTRA' daripada platform,” katanya kepada Sinar Ahad.

Dalam pada itu beliau memaklumkan, platform berkenaan kini memiliki 1.7 juta penjual tempatan dan lebih tiga juta pencipta kandungan afiliasi tersedia di TikTok Shop Malaysia bagi memenuhi kehendak serta keperluan pengguna di negara ini.

Menurut Nur Azre, jumlah tersebut merupakan hasil usaha platform itu memperkasa usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana serta jenama tempatan menerusi pengetahuan dan peralatan dalam ekonomi digital yang semakin berkembang.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Pengurus Pemasaran Bersepadu Taobao Malaysia, Wei Ying Ooi berkata, platform beli-belah dalam talian dari China itu mengambil langkah memperkenalkan antaramuka beta bahasa Inggeris pada September lalu bagi memenuhi permintaan pengguna yang tidak fasih bahasa Cina.

Beliau menjelaskan, ciri tersebut membolehkan pembeli melayari platform dengan mudah melalui terjemahan automatik ke dalam bahasa Inggeris yang dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI).

“Bagi meningkatkan pengalaman membeli-belah, kami juga memperkemaskan antaramuka pengguna serta menyediakan anggaran harga dalam ringgit Malaysia selain bekerjasama dengan institusi kewangan tempatan seperti TNG eWallet bagi pembayaran lebih selamat dan efisien.

“Khidmat pelanggan dwibahasa (Inggeris dan Cina) turut tersedia menerusi aplikasi Taobao dari jam 9 pagi hingga 9 malam, Isnin hingga Ahad dengan perkhidmatan pemulangan tempatan juga ditawarkan, tertakluk kepada terma dan syarat,” katanya.

INFO

Platform e-dagang popular di Malaysia

-Lazada

-TikTok

-Mudah.my

-Taobao

-Harvey Norman

-Carousell

-Zalora

-PG Mall

-e-Bay

-Amazon

-Foodpanda

-GrabFood

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!