Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Jelajah Iftar 2025 curi perhatian ramai!

14 Mac 2025 | VIDEO
A
A
A
Program Jelajah Iftar Sinar Mydin 2025 di Mydin Meru Raya, Ipoh memang luar biasa! Konsep berbuka puasa secara beramai-ramai dengan duduk bersila memberikan suasana unik dan mengeratkan hubungan silaturahim.

Dengan hampir 1,000 peserta, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak, Datuk Kamalludin Ismail dan Pengarah Urusan Alzara Foods Sdn Bhd, Mohd Yazid Manap serta pengurusan Mydin Meru Raya.

Pengunjung Mydin juga teruja dengan kemeriahan program ini, merasai pengalaman berbuka yang berbeza daripada biasa.