Adik lelaki MB Perak meninggal dunia

IPOH – Adik lelaki kepada Menteri Besar Perak iaitu Shabaruddin Mohamad meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar pada Khamis.
Datuk Seri Saarani Mohamad memaklumkan perkara itu menerusi hantaran yang dimuat naik di Facebook sekitar jam 7 petang.
"Dukacita memaklumkan adinda saya, (Haji) Shabaruddin Mohamad (Tok Ketua Kampung Raban) telah kembali ke Rahmatullah sebentar tadi.
"Mohon sahabat-sahabat mendoakan semoga ALLAH mengampunkan segala dosanya, merahmati rohnya dan tempatkan dia kalangan orang yang beramal soleh,” katanya.
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke kediamannya di Kampung Raban dan solat jenazah di Masjid Al Hamidiah, Lenggong.
Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Raban malam ini.
Mac tahun lalu, Saarani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Tampan turut kehilangan adik lelakinya, Allahyarham Ahmad Rozimi Mohamad.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!