18 pelacur warga asing diberkas di Bukit Bintang

KUALA LUMPUR – Seramai 18 wanita warga asing yang menjalankan aktiviti pelacuran ditahan secara berasingan dalam Ops Bersepadu KL Strike Force di Bukit Bintang, di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, dalam serbuan bermula jam 12.45 tengah malam hingga 2 pagi itu, sepasukan anggota dan pegawai polis serta Jabatan Imigresen Kuala Lumpur telah menyerbu lima lokasi di kawasan berkenaan.
"Kita telah menahan 18 wanita warga asing dari Thailand, Indonesia, Vietnam dan Afrika disyaki terlibat dalam kegiatan pelacuran secara 'freelance'.
"Mereka menyasarkan pelanggan warga asing yang berhibur di kawasan berkenaan. Difahamkan, bayaran perkhidmatan seks RM100," katanya.
Rusdi berkata, pihaknya turut menahan enam lelaki warga asing termasuk penjaga premis bagi membantu siasatan.

"Kita juga merampas wang tunai RM700 dalam serbuan tersebut," ujarnya.
Beliau berkata, kesemua tangkapan telah diserahkan kepada pegawai penyiasat Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut.
'Kes disiasat di bawah Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen 1956/63," ujarnya.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
