X

Kindly register in order to view this article
!

Tun M umum Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 hari ini

Dr Mahathir. -Foto: Bernama
A
A

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir Mohamad memasuki pejabatnya di bangunan Putra Perdana jam 8.30 pagi.

Difahamkan beliau akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada jam 11 pagi ini.

Antara agenda utama Dr Mahathir hari ini adalah mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 bagi mengurangkan impak akibat wabak koronavirus (Covid-19).

Inisiatif itu sepatutnya diumumkan kerajaan semalam bagaimanapun ditangguhkan akibat pergolakan politik melanda.

Industri pelancongan merupakan sektor yang paling terjejas akibat daripada penularan virus itu kerana ia mempunyai kesan langsung terhadap kempen Tahun Melawat Malaysia 2020.