Pusat Pakaian Hari-Hari sumbang RM20,000 kepada Perkep KL

Pengurus Pusat Pakaian Hari-Hari, Mike Yee menyerahkan simbolik penyerahan sumbangan kepada Naib Pengerusi Perkep Kuala Lumpur, Datin Suriyanti Esa pada Program Amal Kesejahteraan Komuniti sempena Ramadan pada Sabtu.
Pengurus Pusat Pakaian Hari-Hari, Mike Yee menyerahkan simbolik penyerahan sumbangan kepada Naib Pengerusi Perkep Kuala Lumpur, Datin Suriyanti Esa pada Program Amal Kesejahteraan Komuniti sempena Ramadan pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Pusat Pakaian Hari-Hari Sdn Bhd (Pusat Pakaian Hari-Hari) menyumbang RM20,000 kepada Persatuan Keluarga Polis (Perkep) Kuala Lumpur sebagai sebahagian daripada inisiatif amal sempena Ramadan.

Pengurus Daerahnya, Rusli Rudae berkata, sumbangan ini adalah usaha tahunan syarikat dalam membantu mereka yang memerlukan, termasuk anggota polis dan keluarga mereka.

"Setiap tahun, terutama pada bulan Ramadan, kami akan menyalurkan bantuan kepada pelbagai pihak, termasuk Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur," katanya.

Beliau menambah bahawa selain IPK Kuala Lumpur, bantuan turut diberikan ke lokasi lain yang memerlukan.

"Kami komited untuk terus memberikan sokongan kepada masyarakat dan berharap usaha ini dapat membantu meringankan beban penerima," katanya pada Program Amal Kesejahteraan Komuniti sempena Ramadan anjuran Perkep Kuala Lumpur pada Sabtu.

Naib Pengerusi Perkep Kuala Lumpur, Datin Suriyanti Esa menyerahkan sijil penghargaan kepada Pengurus Pusat Pakaian Hari-Hari, Mike Yee.
Naib Pengerusi Perkep Kuala Lumpur, Datin Suriyanti Esa menyerahkan sijil penghargaan kepada Pengurus Pusat Pakaian Hari-Hari, Mike Yee.

Turut hadir, Naib Pengerusi Perkep Kuala Lumpur, Datin Suriyanti Esa; Pengurus Pusat Pakaian Hari-Hari, Mike Yee dan Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Jawahar Ali.

Sementara itu, seramai 115 penerima dalam kontinjen Kuala Lumpur menerima sumbangan sempena bagi membantu keluarga anggota yang memerlukan dalam menyambut Ramadan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azry Akmar Ayob berkata, program ini adalah inisiatif tahunan yang mendapat sokongan daripada pelbagai pihak termasuk Presma dan Pusat Pakaian Hari-Hari.

Artikel Berkaitan:

"Setiap penerima menerima sumbangan berupa barangan makanan kering dan keperluan harian bernilai RM200 serta baucar pakaian RM150," katanya.

Beliau berkata, bantuan ini turut diberikan kepada anggota polis yang kurang berkemampuan termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU).

"Kita amat mengalu-alukan mana-mana pihak korporat untuk tampil bersama dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu mereka yang memerlukan, terutama dalam bulan yang penuh keberkatan ini," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!