Pengotor, sangkar kucing dah jadi macam reban ayam

Keadaan sangkar kucing yang ditemui ketika penguatkuasaan di sebuah unit kuarters apartment dekat Putrajaya.
Keadaan sangkar kucing yang ditemui ketika penguatkuasaan di sebuah unit kuarters apartment dekat Putrajaya.
A
A
A

GELI Merak Jalanan tengok gambar sangkar kucing yang dikongsi oleh Bahagian Pengurusan Hartanah (BPH) ketika menjalankan pemantauan di sebuah kuarters dekat Presint 5 dan 15, Putrajaya.

Keadaan berselerak, sangkar berkarat dan berlumut dengan kucing terkurung bersama kotoran jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab pemiliknya.

Tak hairanlah jika penghuni rumah itu dikenakan tindakan tegas. Kalau dah tahu malas nak bersihkan bekas pasir najis, tak perlu bela kucing sama ada kurung di dalam rumah atau letak sangkar di luar.

Nanti jiran yang kena tahan hidung setiap kali keluar masuk rumah mereka. Sayang kucing itu bagus, tapi bila dah sampai menyusahkan orang lain, lebih baik fikir semula hasrat bela haiwan peliharaan.

Merak Jalanan bukan benci pada orang yang bela kucing kerana sebenarnya ramai pencinta kucing yang bertanggungjawab terhadap keluarga, jiran dan haiwan itu sendiri.

Mereka sanggup cuci sangkar setiap hari, pastikan makanan tak bersepah dan sentiasa jaga bau. Kebersihan dijaga rapi sampai jiran pun tak sedar ada orang bela kucing.

Masalahnya, bila ada segelintir penghuni pengotor yang tak peduli langsung pasal kebersihan, pencinta kucing lain akan terpalit sama.

Bila jiran buat aduan, mula nak salahkan pihak pengurusan. Padahal kalau sangkar sendiri pun tak terurus, nak salahkan siapa?

Jika nak bela kucing, patuhilah peraturan terutama yang tinggal di kediaman bertingkat. Jangan biarkan kucing-kucing peliharaan anda berak dan kencing di tangga flat.

Artikel Berkaitan:

Kesimpulannya, Merak Jalanan harap pencinta kucing boleh bezakan antara kasih pada haiwan dengan sikap pengotor.

Kalau malas nak cuci sangkar, jangan bela kucing kerana anda hanya menyeksa binatang.

Ingat, jiran-jiran juga ada hak untuk hidup dalam suasana bersih dan selesa.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!