Lelaki melecur pada badan, kaki bilik tidur terbakar

Mangsa yang melecur pada badan dan kakinya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba. Foto Bomba Perak
Mangsa yang melecur pada badan dan kakinya diberikan rawatan awal oleh pasukan EMRS Bomba. Foto Bomba Perak
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki melecur pada badan dan kaki dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah di Persiaran Cempaka Sari 24, Taman Cempaka di sini pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Mohd Azman Hussin berkata, sepasukan anggota diatur gerak ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 10.20 pagi.

Menurutnya, kebakaran melibatkan bilik tidur rumah teres dua tingkat dan terdapat mangsa yang dianggarkan berusia lingkungan 30-an berada di dalamnya.

Anggota bomba menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi katil dalam bilik. Foto Bomba Perak
Anggota bomba menemui mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri di tepi katil dalam bilik. Foto Bomba Perak

"Anggota menemui mangsa terbaring di tepi katil dalam keadaan tidak sedar diri. Operasi digerakkan dengan membawa turun mangsa menggunakan pengusung.

"Mangsa yang melecur 60 peratus telah diberi rawatan awal oleh pasukan perkhidmatan perubatan kecemasan (EMRS) Bomba sebelum dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk rawatan lanjut," katanya pada Khamis.

Mohd Azman berkata, operasi pemadaman kebakaran diteruskan dengan mendapat bantuan pasukan dari BBP Tambun dan Simpang Pulai dan punca kebakaran masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!