JKM Pahang nafi keluar surat tawaran sebut harga, setuju terima perabot

Antara dokumen palsu berkaitan pembekalan perabot ke JKM Pahang yang tersebar.
Antara dokumen palsu berkaitan pembekalan perabot ke JKM Pahang yang tersebar.
A
A
A

KUANTAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pahang mengesahkan surat tawaran sebut harga dan setuju terima perabot untuk mangsa banjir yang tersebar adalah palsu.

Menurutnya, dokumen menggunakan kepala surat JKM bukan dikeluarkan pihaknya, sebaliknya dipercayai satu cubaan penipuan.

JKM Pahang menegaskan, dokumen tersebut mengandungi maklumat tidak benar dan tiada pengesahan rasmi jabatan.

Katanya, semua pihak yang menerima dokumen itu dinasihatkan tidak mengambil sebarang tindakan lanjut atau berurusan mana-mana pihak berkaitan surat berkenaan.

"JKM Pahang mengingatkan semua pihak sentiasa berwaspada terhadap cubaan penipuan sebegitu kerana boleh membawa implikasi kewangan dan reputasi kepada organisasi serta individu terlibat.

"Jika terdapat sebarang keraguan mengenai kesahihan dokumen atau surat-menyurat rasmi jabatan boleh menghubungi atau membuat pengesahan melalui laman rasmi JKM Pahang," katanya melalui satu kenyataan di Facebook pada Selasa.

Jelasnya, JKM Pahang tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang urusan atau transaksi dibuat berdasarkan dokumen palsu itu.

"Tindakan undang-undang akan dipertimbangkan terhadap mana-mana pihak terlibat dalam penyebaran maklumat palsu ini," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!