Remaja dikhuatiri lemas, jatuh laut ketika memancing

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika memancing di Jalan Pantai berhampiran Medan Ikan Bakar pada Ahad. Foto Bomba Negeri Sembilan
Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika memancing di Jalan Pantai berhampiran Medan Ikan Bakar pada Ahad. Foto Bomba Negeri Sembilan
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam laut ketika memancing di Jalan Pantai berhampiran Medan Ikan Bakar di sini pada Ahad.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.28 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Dickson dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya di tempat kejadian didapati seorang mangsa lelaki telah jatuh ke dalam laut ketika melakukan aktiviti memancing.

"Operasi mencari dan menyelamat mangsa juga dibantu Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Teluk Kemang," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, maklumat mengenai kejadian akan dimaklumkan dari masa ke masa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!