Banglo didiami empat penghuni terbakar

Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis banglo. Foto Bomba Negeri Sembilan
Kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis banglo. Foto Bomba Negeri Sembilan
A
A
A

PORT DICKSON - Seorang lelaki cedera manakala tiga lagi individu terselamat selepas kediaman mereka hangus dalam kejadian di Batu 3, Jalan Seremban, Lukut di sini pada malam Jumaat.

Komander Operasi Kanan dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.04 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Port Dickson, Rantau dan Teluk Kemang dikejarkan ke lokasi.

"Setibanya pasukan keluaran operasi (PKO) di lokasi kejadian mendapati kebakaran membabitkan sebuah rumah jenis banglo.

Banglo berkenaan terbakar lebih kurang 90 peratus.
Banglo berkenaan terbakar lebih kurang 90 peratus.

"Terdapat empat mangsa iaitu dua wanita, seorang daripadanya dipercayai warga asing dan dua lelaki dengan seorang cedera di bahagian kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Ujarnya, mangsa yang cedera itu seorang lelaki berusia 56 tahun telah dibawa ke hospital oleh ahli keluarga sebelum PKO sampai.

"Kediaman berkenaan terbakar lebih kurang 90 peratus yang mana api berjaya dikawal pada jam 11.43 malam dan operasi tamat pada jam 12.50 pagi.

"Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!