PRK Semenyih: Umno belum bincang soal calon

Mat Nadzari Ahmad Dahlan
Mat Nadzari Ahmad Dahlan
A
A
A

SHAH ALAM - Umno Selangor masih belum membincangkan soal siapakah yang bakal diletakkan sebagai calon parti itu bagi PRK Dun Semenyih.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, dalam tempoh singkat sejak semalam, pimpinan parti masih belum membuat sebarang perbincangan berkenaan perkara itu setakat ini.

Namun katanya, pimpinan Umno Selangor akan bermesyuarat bagi melihat dan membincangkan soal itu dalam masa terdekat, dijangka Khamis ini.

"Belum ada (sebarang perbincangan) soal calon. Mesyuarat akan buat Khamis ini," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian.

Terdahulu, Adun Semenyih, Bakhtiar Mohd Nor meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 4.45 pagi di Hospital Kajang, semalam.

Berikutan itu, Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia dijangka akan mengumumkan tarikh untuk PRK Dun Semenyih diadakan dalam masa terdekat.

PRU14 pada Mei tahun lalu menyaksikan kerusi Dun Semenyih dimenangi Allahyarham Bakhtiar yang mewakili PH (Bersatu) dengan majoriti 8,964 undi menewaskan calon BN, Pas dan Parti Sosialis Malaysia dalam perebutan empat penjuru.

Artikel Berkaitan: