Pelancong 7 negara dilarang masuk Iraq

Seorang pelajar Iran antara pesakit terawal yang disahkan positif Covid-19 di Iraq. - Foto AFP
Seorang pelajar Iran antara pesakit terawal yang disahkan positif Covid-19 di Iraq. - Foto AFP
A
A
A

BAGHDAD - Iraq melarang kemasukan pelancong dari China, Iran dan lima negara lain susulan kebimbangan ancaman koronavirus (Covid-19).

Selain China dan India, larangan tersebut juga terpakai kepada pelancong yang datang secara langsung atau tidak langsung dari Thailand, Korea Selatan, Jepun, Itali dan Singapura.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Iraq dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini memberitahu larangan itu mengecualikan rakyat tempatan, diplomat dan delegasi rasmi.

"Langkah tersebut adalah untuk menjaga kesihatan rakyat di seluruh Iraq selain mengawal penyebaran Covid-19 selepas kes pertama dicatatkan," kata kementerian.

Hari ini juga, Iraq mengesahkan empat kes baharu jangkitan virus melibatkan sebuah keluarga yang kembali dari negara jiran Iran, menjadikan jumlah terkini di negara itu meningkat kepada lima kes. - Agensi

Artikel Berkaitan: