'Sedia bincang dengan Tengku Zafrul' - Presiden UMNO

Ahmad Zahid mengesahkan belum ada perbincangan dilakukan berhubung khabar angin Tengku Zafrul Tengku akan meninggalkan parti itu dalam tempoh terdekat.
Ahmad Zahid mengesahkan belum ada perbincangan dilakukan berhubung khabar angin Tengku Zafrul Tengku akan meninggalkan parti itu dalam tempoh terdekat.
A
A
A

IPOH - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan belum ada perbincangan dilakukan berhubung khabar angin Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz akan meninggalkan parti itu dalam tempoh terdekat.

Ahmad Zahid bagaimanapun memaklumkan beliau sedia bertemu dengan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu bagi membincangkan perkara tersebut.

"Kita ada berjumpa tetapi belum bincang lagi, mungkin beliau akan cari masa yang sesuai dan saya boleh bertemu bila-bila masa sahaja, tambah sekarang sedang ada sidang Parlimen.

"Jika saya tidak pergi ke outstation (tugasan luar) saya ada di Parlimen. Jadi, biar pejabat saya dan beliau yang akan mengaturkan tarikh sesuai," katanya ketika ditemui pemberita di Desa Seri Ampang di sini pada Selasa.

Terdahulu Ahmad Zahid menziarahi keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia akibat serangan jantung, Sabtu lalu.

Media pada 9 Februari lalu melaporkan Tengku Zafrul akan menemui Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi berbincang sebelum mengumumkan keputusan berhubung perkara tersebut.

Tengku Zafrul mengulas mengenai wujud dakwaan beliau dijangka meninggalkan UMNO selepas tiada lagi masa depan politiknya dalam parti tersebut.

Perkara itu timbul selepas beliau dilaporkan dipelawa menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) beberapa bulan lalu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!