Sering ‘bau kaki’ rupanya ada bebola kulat dalam hidung

Bebola kulat yang berada dalam hidung sebelah kanan wanita berkenaan. Foto sumber ETtoday
Bebola kulat yang berada dalam hidung sebelah kanan wanita berkenaan. Foto sumber ETtoday
A
A
A

TAIWAN - Seorang wanita berusia 50 tahun dikejarkan ke hospital selepas mengalami alahan hidung berterusan dan ‘bau kaki’ yang pelik datang daripada hidungnya.

Menurut ETtoday, selepas hampir tiga bulan rasa tidak selesa, seorang doktor menemui sejumlah besar bebola kulat dalam bahagian sinus kanan hidungnya.

Pakar Otorinolaringologi Taiwan, Dr Chen Shixi mendedahkan, apabila wanita tersebut mendapatkan rawatan, beliau mengesyaki keadaannya melangkaui kes resdung yang kebiasaan.

“Kami dapati sinus kanan wanita itu dipenuhi bebola kulat dan memerlukan pembedahan segera.

Ketulan bebola kulat yang berada di sebelah kanan hidung wanita berkenaan. Foto sumber ETtoday
Ketulan bebola kulat yang berada di sebelah kanan hidung wanita berkenaan. Foto sumber ETtoday

“Sinusitis kulat berlaku apabila kulat berkembang di dalam sinus akibat jangkitan. Iklim lembap Taiwan boleh menyumbang kepada kulat bawaan udara yang biasanya dibersihkan oleh saluran hidung dan sistem imun,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kebersihan hidung atau sistem imun yang lemah juga boleh menyebabkan kulat tumbuh dalam rongga hidung dan membawa kepada keadaan ini.

Tambah Dr Chen, keadaan tersebut bukan sahaja membuatkan pesakit akan mengalami ketidakselesaan setempat tetapi boleh membawa kepada komplikasi yang lebih teruk dan mengancam nyawa.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!