Kanak-kanak dilanggar depan sekolah di Putrajaya kini stabil - Polis

PUTRAJAYA - Murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Presint 11(1) yang sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya di sini selepas terlibat dalam kemalangan minggu lepas, kini stabil.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Aidi Sham Mohamed ketika dihubungi Bernama berkata, Khairul Hanafi, 8, telah sedarkan diri.
Dalam kemalangan Khamis lepas Khairul Hanafi dikatakan dirempuh sebuah kenderaan semasa hendak melintas jalan di hadapan sekolah di sini, dan orang ramai terpaksa menterbalikkan sebuah kereta bagi mengeluarkan beliau yang terperangkap di bawahnya.
Aidi sebelum ini berkata, murid itu mengalami kecederaan parah di bahagian kepala selain patah kaki kiri.
- Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
