RISDA perkasa komuniti pekebun kecil

Syed Ibrahim dan Zainal bergambar bersama penerima dan tetamu hadir selepas majlis perasmian Karnival RISDA Madani (KARRISMA) Zon Timur 2025 di pekarangan Stadium Darul Makmur, di sini, pada Sabtu.
Syed Ibrahim dan Zainal bergambar bersama penerima dan tetamu hadir selepas majlis perasmian Karnival RISDA Madani (KARRISMA) Zon Timur 2025 di pekarangan Stadium Darul Makmur, di sini, pada Sabtu.
A
A
A

Bantuan daripada Pihak Berkuasa Kemajuan PekebunKecil Perusahaan Getah (RISDA) terus menjadi pemangkin dalam memperkasa pertumbuhan ekonomi desa melalui komuniti pekebun kecil.

Rata-rata penerima mengakui bahawa pelbagai inisiatif seperti program tanam semula, pembangunan prasarana, skim keusahawanan dan agro makanan yang disediakan oleh RISDA banyak membantu pekebun kecil meningkatkan hasil pertanian serta menjana pendapatan tambahan yang lebih baik.

Bagi Faridah Mat Firu, 41, yang mewakili penerima bantuan program pembangunan RISDA peringkat Zon Timur, beliau berkata bahawa bantuan berjumlah RM123 juta yang diterima bagi negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan memberikan impak signifikan kepada seluruh warga pekebun kecil.

FARIDAH
FARIDAH

Menurutnya, ia bukan sahaja membantu komuniti ini meningkatkan taraf hidup, tetapi juga mampu membuka peluang untuk pembangunan yang lebih mampan di kawasan desa.

“Sebagai contoh, kami yang berada di bawah Mukim Hulu Lepar, iaitu melibatkan tiga perkampungan Melayu dan satu perkampungan Orang Asli.

“Kami amat berterima kasih kepada RISDA kerana bantuan yang disediakan memberi banyak manfaat berterusan kepada kami semua, terutama dalam memperkasa sosioekonomi,” katanya ketika ditemui selepas majlis perasmian Karnival RISDA Madani (KARRISMA) Zon Timur di pekarangan Stadium Darul Makmur, di sini, pada Sabtu.

Selain Faridah, Ramlah Aminallah turut menjadi wakil penerima bantuan program tanam semula RISDA Zon Timur dengan jumlah bantuan sebanyak RM56 juta.

RAMLAH
RAMLAH

Artikel Berkaitan:

Ramlah, 55, yang merupakan peserta program tanam semula RISDA berkata, bantuan yang diterima bukan sahaja membolehkan beliau menguruskan kebunnya dengan baik, malah membuka peluang kepadanya untuk menambah sumber pendapatan melalui pertanian selingan.

Menurutnya, inisiatif ini membantu pekebun kecil seperti dirinya untuk terus bertahan dalam sektor pertanian, seterusnya memperbaiki taraf hidup.

“Saya sudah lama menerima bantuan daripada RISDA, malah sejak zaman ibu bapa saya lagi. Bantuan ini bukan sahaja meningkatkan hasil kebun tetapi juga memudahkan kerja harian.

“Saya amat menghargai segala usaha RISDA dalam membantu pekebun kecil seperti kami. Terima kasih RISDA,” ujarnya.

Sementara itu, Atikah Mohd Yusof pula menjadi wakil penerima bantuan skim getah matang berjumlah RM28 juta.

ATIKAH
ATIKAH

Atikah, 53, berkata bahawa bantuan tersebut memberi kelegaan kepada pekebun kecil sepertinya dalam menguruskan tanaman dengan lebih baik.

Menurutnya, baja yang dibekalkan bukan sahaja meningkatkan kualiti pokok getah, malah turut memperbanyakkan hasil torehan, sekali gus memberi kesan positif terhadap pendapatannya.

“Bantuan ini sangat membantu pekebun kecil seperti saya. Dengan adanya baja, penghasilan getah menjadi lebih baik dan banyak,” katanya yang menghargai usaha RISDA dalam menyokong pekebun kecil.

Bagi bantuan program keusahawanan RISDA Zon Timur tahun 2025 yang bernilai RM13 juta, ia diterima oleh wakil pekebun kecil, Ahmad Asyraf Hakimi Saupi, manakala bagi bantuan program agromakanan sebanyak RM9 juta pula, ia diwakili oleh Mohd Khairulanuar A. Bakar.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!