Ketua Jabatan ENT Hospital Putrajaya meninggal dunia ketika temani anak di hospital

Ketua Jabatan ENT Hospital Putrajaya, Dr Mazlinda Mahadzir meninggal dunia.
Ketua Jabatan ENT Hospital Putrajaya, Dr Mazlinda Mahadzir meninggal dunia.
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Jabatan Otorinolaringologi (ENT) Hospital Putrajaya, Dr Mazlinda Mahadzir meninggal dunia ketika menemani anaknya menjalani prosedur perubatan di Hospital Kajang.

Perkara tersebut dimaklumkan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, menerusi perkongsian di Facebook sambil merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Dr Mazlinda.

Menurutnya, pasukan Hospital Kajang telah cuba sedaya upaya melakukan pernafasan resutasi kardiopulmonari (CPR) namun Allahyarham tidak dapat diselamatkan.

"Sedih dan pilu, baru mendapat perkhabaran dukacita dari Pengarah Hospital Kajang bahawa Ketua Jabatan ENT Hospital Putrajaya, Dr Mazlinda telah rebah di Hospital Kajang sewaktu menemani anaknya menjalani prosedur di sana tadi.

"Sama-sama kita doakan insan mulia yang disayangi rakan-rakan dan warga besar Kementerian Kesihatan (KKM) yang telah banyak berkorban serta mencurah khidmat bakti ini, dirahmati dan diampuni ALLAH," ujarnya pada Jumaat.

Beliau turut mendoakan semoga Allahyarham ditempatkan bersama-sama golongan yang terpilih.

"Salam takziah buat keluarga yang kehilangan insan yang amat disayangi," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!