4 kampung dilanda banjir, 47 mangsa berpindah ke PPS

APM Temerloh membantu mangsa di PPS selepas 47 dipindahkan ke SK Lanchang. - Foto: APM
APM Temerloh membantu mangsa di PPS selepas 47 dipindahkan ke SK Lanchang. - Foto: APM
A
A
A

TEMERLOH - Empat kampung di daerah ini dilanda banjir akibat limpahan air Sungai Semantan di sini pada Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana (JPBD) Temerloh melaporkan setakat jam 4 petang, seramai 47 mangsa terjejas dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Lanchang.

"Empat kampung yang terlibat iaitu Kampung Insaf; Kampung Rantau Panjang; Kampung Jeragan dan Kampung Kuala Kaung.

Penduduk kampung yang terjejas ditempatkan di PPS, SK Lanchang pada Khamis. - Foto: APM
Penduduk kampung yang terjejas ditempatkan di PPS, SK Lanchang pada Khamis. - Foto: APM

"Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Temerloh menerima laporan banjir yang berlaku di empat kampung itu kira-kira jam 1 pagi dan 11 rumah dinaiki air," kata sekretariat terbabit.

Ujarnya, PPS di sekolah itu mula dibuka pada jam 1.23 pagi bagi menempatkan 18 lelaki, 15 wanita, enam kanak-kanak lelaki dan perempuan serta masing-masing seorang bayi lelaki dan perempuan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!