Perlu dana untuk program Ihya’ Ramadan

Barisan pelajar dan tenaga pelajar Madrasah Tahfiz Muqarrabin.
Barisan pelajar dan tenaga pelajar Madrasah Tahfiz Muqarrabin.
A
A
A

KOTA BHARU – Menjelang Ramadan, 35 pelajar hafiz al-Quran Madrasah Tahfiz Muqarrabin di Taman Berseri Jaya, Perlis belum cukup dana bagi menampung kos berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Timbalan Pengetua madrasah berkenaan, Muhammad Harith Abd Wahab, berkata, program berbuka puasa berserta moreh dan sahur menerusi Ihya’ Ramadan yang memasuki tahun keenam penganjuran itu memerlukan sekurang-kurangnya RM13,000.

“Setiap hari, kami perlukan RM500 untuk penyediaan makanan, namun sehingga kini, belum mencukupi.

“Tahun ini nampaknya lebih mencabar kerana keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Bangunan sedia ada yang digunakan oleh pelajar Madrasah Tahfiz Muqarrabin di Perlis.
Bangunan sedia ada yang digunakan oleh pelajar Madrasah Tahfiz Muqarrabin di Perlis.

Menurut beliau, kebanyakan pelajar madrasah itu datang daripada keluarga asnaf dan anak yatim yang membayar yuran bulanan maahad serendah RM200.

Selain program berbuka puasa, madrasah berkenaan juga sedang berusaha membina pusat dakwah baharu yang merangkumi binaan surau, kelas, pejabat, ruang solat dan asrama bagi menampung pelajar.

Muhammad Harith berkata, kos keseluruhan projek itu dianggarkan sekitar RM3 juta, namun sehingga kini juga belum ada dana yang mencukupi untuk memulakan pembinaan.

“Setakat ini, kami hanya mampu menambun tanah sebagai persediaan awal.

Artikel Berkaitan:

“Madrasah menerima tanah wakaf seluas 0.6 hektar, tetapi kerja-kerja pembinaan masih tertangguh,” katanya.

Madrasah Tahfiz Muqarrabin kini menempatkan pelajar lelaki berusia antara lapan hingga 21 tahun dari negeri termasuk Perlis, Perak, Kedah dan Pulau Pinang.

“Anak-anak ini berusaha menghafal al-Quran dan membina masa depan mereka di sini.

“Kami hanya mahu memastikan mereka dapat meneruskan pembelajaran dengan lebih selesa, terutamanya sepanjang bulan Ramadan,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyumbang boleh menghubungi Muhammad Harith di talian 011-19021719 atau menyalurkan bantuan terus ke akaun Madrasah Tahfiz Muqarrabin, Maybank 559012337130.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!