Johor kekal pengeluar nanas terbesar negara

Johor terus mengekalkan kedudukannya sebagai negeri pengeluar nanas terbesar di Malaysia.
Johor terus mengekalkan kedudukannya sebagai negeri pengeluar nanas terbesar di Malaysia.
A
A
A

KLUANG – Johor terus mengekalkan kedudukannya sebagai negeri pengeluar nanas terbesar di Malaysia dengan keluasan tanaman mencecah 10,366.6 hektar dan pengeluaran sebanyak 280,878 metrik tan.

Pengerusi Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM), Sheikh Umar Bagharib Ali, berkata jumlah itu mewakili 63.7 peratus daripada keseluruhan pengeluaran nanas negara yang bernilai RM682.53 juta.

"Daripada jumlah keseluruhan 18,275.71 hektar tanaman nanas di Malaysia, lebih 10,000 hektar adalah di Johor dengan daerah Kluang dan Pontian mendominasi pengeluaran," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sheikh Umar
Sheikh Umar

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar satu pelan rantaian 'Jejak Nanas' diwujudkan sebagai usaha melonjakkan industri nanas Johor menerusi sektor agropelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Pelan ini akan menjadi panduan kepada pelancong untuk menjejaki lokasi berkaitan nanas seperti ladang berskala besar, muzium, pusat agroteknologi dan perusahaan tempatan.

"Antara lokasi yang berpotensi dimasukkan dalam pelan ini ialah Ladang Nanas Peninsular di Simpang Renggam, Muzium Nanas Pontian dan Laman Agroteknologi Nanas di Alor Bukit," ujarnya.

Menurut Sheikh Umar, LPNM turut menyokong cadangan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, untuk menjadikan Johor sebagai destinasi utama agropelancongan bagi industri nanas.

Artikel Berkaitan:

Pelan rantaian 'Jejak Nanas' akan melonjakkan industri nanas Johor menerusi sektor agropelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Pelan rantaian 'Jejak Nanas' akan melonjakkan industri nanas Johor menerusi sektor agropelancongan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.

"Antara cadangan yang dikemukakan adalah membangunkan sebuah lokasi ala 'JermanPine Cafe' di Simpang Renggam, iaitu konsep kafe bertemakan nanas yang sudah terbukti menarik pelancong di Kampung Peradin, Pontian.

"Sejak dibuka Disember lalu, JermanPine Cafe telah menerima kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara termasuk Singapura, Jepun, Korea, China, Jerman, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan United Kingdom," ujarnya.

Sheikh Umar menegaskan, nanas adalah sebahagian daripada identiti Johor dan memiliki sejarah panjang dalam sektor pertanian negeri itu.

"Bagi pihak LPNM, kami akan memberikan sokongan serta bantuan sewajarnya dalam merealisasikan pelan ini, selari dengan peranan kami sebagai agensi peneraju industri nanas negara," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!