Pegawai tentera hilang ditemui selamat di Masjid Lentang, Bentong

Kehilangan Mohd Zainudin dimuat naik di laman media sosial Facebook, selepas keluar dari rumah keluarganya pada malam Ahad.
Kehilangan Mohd Zainudin dimuat naik di laman media sosial Facebook, selepas keluar dari rumah keluarganya pada malam Ahad.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Isteri kepada pegawai tentera, Mejar Mohd Zainudin Ishak, meluahkan rasa syukur selepas suaminya yang dilaporkan hilang pada Ahad lalu, akhirnya ditemui dalam keadaan selamat di Masjid Lentang, Bentong, pada Rabu.

Azzahra Ainun Musir, 40, berkata, suaminya berjaya ditemui sekitar jam 8 pagi oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalankan operasi mengesannya selepas beliau keluar dari rumah keluarga pada malam Ahad.

“Alhamdulillah, suami saya dalam keadaan selamat dan baik. Kini, beliau sedang menjalani pemeriksaan di hospital. Saya juga baru sahaja bertemu dengannya dan ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang membantu mencari suami saya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Asisten Komisioner Mohamad Lazim Ismail, mengesahkan penemuan pegawai tentera berkenaan.

Menurut laporan sebelum ini, Mejar Mohd Zainudin Ishak hilang selepas keluar dari rumah keluarganya pada malam Ahad.

Kehilangannya turut dihebahkan oleh seorang pemilik akaun Facebook yang mendakwa Mohd Zainudin kali terakhir dilihat menaiki kereta jenis Perodua Ativa sekitar jam 7 malam.

Pihak polis juga mengesahkan menerima laporan mengenai kehilangan pegawai tentera tersebut selepas beliau tidak hadir bertugas di Kem Wardieburn, Setapak, Kuala Lumpur.

@sinarharianonline

Isteri kepada pegawai tentera, Mejar Mohd Zainudin Ishak, meluahkan rasa syukur selepas suaminya yang dilaporkan hilang pada Ahad lalu, akhirnya ditemui dalam keadaan selamat di Masjid Lentang, Bentong, pada Rabu. Azzahra Ainun Musir, 40, berkata, suaminya berjaya ditemui sekitar jam 8 pagi oleh pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menjalankan operasi mengesannya selepas beliau keluar dari rumah keluarga pada malam Ahad. Anda boleh baca berita penuh di portal Sinar Harian di www.sinarharian.com.my atau swipe up di IG story serta jangan lupa follow IG @sinarharian untuk berita terkini dalam dan luar negara. #SinarHarian #PegawaiTenteraHilang

News serious information news program - gooooodee_jay

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!