Remaja hilang ditemui selamat

Kehilangan Nur Damia ditularkan di media sosial.
Kehilangan Nur Damia ditularkan di media sosial.
A
A
A

SENAWANG - [DIKEMAS KINI] Seorang remaja yang dilaporkan hilang selepas keluar rumah awal pagi Isnin ditemukan dalam keadaan selamat.

Kehilangan pelajar Tingkatan Tiga, Nur Damia Maisara, 15, tular di media sosial selepas keluarga memohon bantuan orang awam untuk menjejaki remaja berkenaan.

Menurut ibu mangsa, Nur Nasha Fika Mohd Nani, 35, anak tunggalnya itu disedari hilang sekitar jam 6 pagi selepas dia tiada di dalam bilik selain pintu rumah dalam keadaan terbuka.

Bagaimanapun katanya, sekitar jam 2 petang, pihak polis telah menghubunginya memaklumkan anaknya telah ditemui dan berada di Balai Polis Paroi, Seremban.

Nur Nasha berterima kasih kepada orang awam yang prihatin, turut sama membantu menyalurkan maklumat dalam usaha menjejaki anaknya.

Menerusi berita tular, Nur Damia dilaporkan keluar rumah dengan memakai sweater hitam dan membawa telefon bimbit.

Laporan polis berhubung kejadian telah dibuat keluarga mangsa selepas remaja berkenaan gagal dihubungi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!