X

Kindly register in order to view this article
!

Saka barakan kebangkitan Arsenal

Aubameyang meraikan jaringan bersama para pemain Arsenal lain pada aksi di Stadium Emirates itu.
A
A

MIKEL Arteta mengakui kemasukan bintang remaja Arsenal, Bukayo Saka menjadi titik tolak kepada kebangkitan The Gunners ketika menewaskan Everton 3-2 pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates.

Menurut pengendali Arsenal itu, dia percaya pemain berusia 18 tahun berkenaan mampu menghasilkan impak positif selepas dimasukkan bagi menggantikan Sead Kolasinac yang mengalami kecederaan pada minit ke-18.

"Secara jujur saya sudah lama bekerja Saka dan mengetahui potensi dirinya pada ketika dimasukkan menggantikan Kolasinac.

"Ruang ditinggalkan Kolasinac dimanfaatkan sepenuhnya Saka apatah lagi pada ketika Arsenal ketinggalan kepada Everton.

"Saya tahu dia akan bermain dengan corak hantaran silang. Jadi, saya hanya perlu memasukkan kemudian membiarkannya melakukan tugasannya," katanya.

Pada perlawanan itu, Saka kembali meletakkan tuan rumah dalam perlawanan apabila hantarannya disudahkan Eddie Nketiah bagi memadamkan gol pendahuluan pelawat, Dominic Calvert Lewin.

Penyerang sensasi The Gunners, Pierre-Emerick Aubameyang kembali meletakkan tuan rumah memimpin perlawanan sebelum Richarlison menyamakan kedudukan.

Namun sentuhan penyudah Aubameyang sekali lagi menemui gawang selepas rehat untuk kedudukan 3-2 sehingga tamat permainan.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus