Rumah terbakar, 7 sekeluarga tinggal sehelai sepinggang

Bomba sedang berusaha memadamkan api dalam kejadian pada jam 6.30 petang Jumaat.
Bomba sedang berusaha memadamkan api dalam kejadian pada jam 6.30 petang Jumaat.
A
A
A

BAYAN LEPAS - Tujuh sekeluarga tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka di Kampung Sungai Batu, di sini musnah dalam kebakaran pada petang Jumaat.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Faiz Helmi berkata, rumah dua tingkat kelas B tersebut musnah 80 peratus dalam kejadian pada jam 6.30 petang itu.

Rumah dua tingkat yang didiami tujuh sekeluarga musnah dalam kebakaran pada petang Jumaat.
Rumah dua tingkat yang didiami tujuh sekeluarga musnah dalam kebakaran pada petang Jumaat.

Bagaimanapun katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

"Kebakaran melibatkan sebuah rumah separa batu dan kayu dengan keluasan 25x50 kaki persegi. Kebakaran dapat dikawal dan berjaya dipadamkan sementara kerja-kerja 'overhaul' selesai dijalankan.

"Seterusnya, lokasi diserahkan kepada pegawai penyiasat kebakaran untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Jelasnya, operasi pemadaman turut dibantu anggota dari BBP Bayan Baru dan Paya Terubong.

Artikel Berkaitan:

"Seramai 21 anggota termasuk penyelia telah dikerahkan ke lokasi kejadian. Bantuan juga dari Pasukan Bomba Sukarela Gertak Sanggul dan Batu Maung.

Azrul (kanan) membantu salah seorang mangsa iaitu warga emas dalam kejadian di Sungai Batu, Teluk Kumbar.
Azrul (kanan) membantu salah seorang mangsa iaitu warga emas dalam kejadian di Sungai Batu, Teluk Kumbar.

"Kita turut mendapat bantuan daripada agensi lain antaranya polis, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Tenaga Nasional Berhad," jelasnya.

Tambah beliau, jumlah kerugian dan punca kebakaran belum dikenalpasti.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bayan Lepas, Datuk Azrul Mahathir Aziz ketika dihubungi berkata, kesemua mangsa ditempatkan di masjid sebelum dipindahkan ke inap desa berdekatan.

Api berjaya dikawal dan dipadam oleh bomba yang dikerahkan ke lokasi kejadian.
Api berjaya dikawal dan dipadam oleh bomba yang dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Kesemua mangsa termasuk dua warga emas tidak cedera namun menjalani pemeriksaan awal oleh APM dan komuniti ambulans yang tiba di lokasi kejadian.

"Saya sudah mendapatkan inap desa untuk mereka tinggal buat sementara waktu," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!