Polis pesan hati-hati di Cameron Highlands

Mohd Zakaria mengadakan sidang media di pusat media, Tanah Rata, hari ini.
Mohd Zakaria mengadakan sidang media di pusat media, Tanah Rata, hari ini.
A
A
A

CAMERON HIGHLANDS - Polis menasihatkan orang ramai terutama penduduk setempat agar berhati-hati ketika memandu di Cameron Highlands.

Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata, sepanjang tempoh berkempen dijangka berlaku pertambahan trafik di sekitar kawasan Parlimen itu.

"Untuk mereka yang tinggal dalam P078 ini supaya berhati-hati menggunakan kenderaan di jalan raya kerana pertambahan trafik dan laluannya yang agak sempit dan tidak banyak kawasan luas untuk parkir.

"Sekiranya mereka tidak memberi kerjasama kepada pihak polis ia akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan menyukarkan perjalanan" katanya kepada pemberita, hari ini.

Namun katanya, pihak polis sentiasa bersedia dan meletakkan anggota yang mencukupi untuk mengawal lalu lintas.

Selain itu, beliau menasihatkan pihak yang menganjurkan ceramah agar memohon permit daripada ketua polis daerah.

Beliau turut menyeru agar penyokong-penyokong mematuhi undang-undang sedia ada dan berkempen secara harmoni.

Polis menempatkan 1,032 anggota dan pegawai di seluruh kawasan Parlimen untuk PRK Cameron Highlands.

Artikel Berkaitan: