4 individu termasuk Datuk direman terlibat tender jual tanah

Suspek disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.
Suspek disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta ditahan SPRM dan dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman empat individu melibatkan dua pengarah syarikat termasuk seorang bergelar Datuk dan dua naib presiden kanan syarikat.

Sumber berkata, kesemua mereka ditahan kerana disyaki terbabit rasuah serta mengemukakan tuntutan palsu membabitkan pengeluaran wang syarikat kira-kira RM2.6 juta.

Kata sumber, suspek lelaki bergelar Datuk terbabit direman selama lima hari sehingga Isnin, manakala tiga lagi suspek masing-masing membabitkan dua lelaki dan seorang wanita berjawatan pengarah serta dua naib presiden kanan syarikat direman selama empat hari sehingga Ahad.

"Permohonan reman dibuat selepas Majistret Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Khamis.

"Suspek bergelar Datuk tersebut dipercayai telah berpakat dengan salah seorang suspek yang juga pengarah syarikat untuk memberi rasuah bagi mendapatkan tender penjualan tanah," katanya pada Khamis.

Menurut sumber, wang rasuah yang diterima digunakan untuk membayar seorang pegawai syarikat konglomerat multinasional di negara ini bagi mendapatkan tender penjualan tanah di Klang, Selangor.

Jelasnya, siasatan awal mendapati pengarah syarikat yang berpakat dengan Datuk berkenaan bersama-sama dengan dua naib presiden kanan syarikatnya telah berpakat mengemukakan dokumen mengandungi butir matan palsu.

Kata sumber, dokumen matan palsu itu bertujuan untuk mengeluarkan wang syarikat berjumlah kira-kra RM2.6 juta dan kemudiannya dipindahkan ke akaun syarikat lain.

"Kesemua suspek berusia lingkungan 50 hingga 60-an termasuk seorang suspek yang berjawatan pengurus akaun telah ditahan kira-kira jam 5 petang hingga 8 malam pada Rabu ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Zainul Darus mengesahkan penahanan tersebut dan menyatakan kes disiasat di bawah Seksyen 16(b)(A) Akta SPRM 2009 dan Seksyen 18 Akta SPRM 2009

Bagaimanapun katanya, pengurus akaun syarikat berkenaan telah dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!