Pengukuhan bahasa Inggeris: KPM sedang laksana penambahbaikan segera

KPM sedang melakukan penambahbaikan segera bagi melaksanakan inisiatif memacu pengukuhan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Foto hiasan
KPM sedang melakukan penambahbaikan segera bagi melaksanakan inisiatif memacu pengukuhan bahasa Inggeris dalam kalangan murid. Foto hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang melakukan penambahbaikan segera bagi melaksanakan inisiatif memacu pengukuhan bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Pejabat Menteri Pendidikan menerusi kenyataan memaklumkan, ia termasuklah penstrukturan semula pusat tanggungjawab yang berkenaan bagi memastikan keberkesanan dan impak inisiatif tersebut.

Menurutnya, peranan Pusat Pengajaran Bahasa Inggeris (ELTC) akan diperluaskan bagi meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan guru dan murid.

"Dengan penstrukturan semula ELTC secara radikal, ia dijangka akan memberikan impak kepada peningkatan dan penguasaan guru, khususnya dari aspek latihan dan pengajaran di dalam kelas," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ujar pejabat itu, fokus KPM bagi memperkasakan Bahasa Inggeris tertumpu kepada empat inisiatif utama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Highly Immersive Programme (HIP), Dual Language Programme (DLP), Program Peningkatan Kemahiran Bahasa Inggeris di Sekolah Dalam Talian dan Professional Upskilling of English Language Teachers (Pro-ELT).

"Penggunaan kecerdasan buatan yang optimum di dalam pelantar Digital Educational Learning Initiative Malaysia (DELIMa) juga kini menjadi peneraju utama dalam peningkatan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid," katanya.

Rabu lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi teguran kepada KPM agar segera melaksanakan inisiatif memperkasakan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Beliau menegaskan, perancangan dalam Reformasi Pendidikan yang telah diputuskan kerajaan tidak boleh memakan masa yang panjang kerana ia akan menyebabkan negara ketinggalan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!