MATTA 2025 jangka tarik lebih 210,000 pengunjung, jualan RM270 juta

Pameran MATTA akan berlangsung bermula 18 sehingga 20 April di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Gambar kanan: Nigel
Pameran MATTA akan berlangsung bermula 18 sehingga 20 April di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Gambar kanan: Nigel
A
A
A

SHAH ALAM - Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) menjangkakan kehadiran lebih 210,000 pengunjung sempena pameran pelancongan antarabangsa yang bakal bermula dari 18 hingga 20 April 2025.

Pameran selama tiga hari itu akan berlangsung di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Presidennya, Nigel Wong berkata, pameran antarabangsa edisi ke-56 itu dijangka menjana jualan melebihi RM270 juta.

“Pameran MATTA akan datang pada April 2025 dijangka menarik lebih 210,000 pengunjung dan menjana jualan lebih RM270 juta.

"Menerusi inisiatif baharu ini kami berjanji untuk memberikan pameran pelancongan terbaik.

“Tahun ini kita akan tampilkan barisan besar pempamer daripada National Tourism Organisations (NTOs), State Tourism Organisations (STOs),ejen pelancongan, hotel dan pelbagai lagi produk pelancongan,” katanya pada Khamis.

Mengulas lanjut, menurut Nigel, orang ramai juga boleh menerokai pelbagai pakej pelancongan untuk destinasi domestik dan antarabangsa, syarikat penerbangan, hotel serta agensi pelancongan yang mampu memenuhi keinginan perjalanan mereka.

Dalam pada itu, mereka turut menganjurkan acara Perniagaan Kepada Perniagaan (B2B) MATTA Connect buat julung kalinya untuk memberi peluang kepada penjual daripada pelbagai negara.

Artikel Berkaitan:

“MATTA Connect akan diadakan pada 17 April 2025 di MITEC, sehari sebelum Pameran MATTA bermula.

“Acara ini penting untuk pembeli tempatan meneroka destinasi antarabangsa yang baharu selain membina perkongsian perniagaan baharu,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!