'Baucar RM100 amat bernilai bagi kami'

Dr Dasmawati (kanan) menyampaikan bantuan kepada seorang penerima baucar
Dr Dasmawati (kanan) menyampaikan bantuan kepada seorang penerima baucar
A
A
A

PASIR MAS - Mangsa banjir di Taman Desa Wira Jaya di sini terharu menerima baucar RM100 untuk pertukaran pelbagai barangan keperluan selepas kesemua barangan mereka ditenggelami air awal November lalu.

Siti Haryaty Bee
Siti Haryaty Bee

Penerima sumbangan, Siti Haryaty Bee Mohd Ismail, 42, berkata, walaupun ada yang menganggapnya kecil namun jumlah RM100 itu sangat bernilai bagi mereka kerana sekurang-kurangnya ia dapat membantu mendapatkan barangan yang sesuai.

Bagaimanapun, ibu kepada tiga anak itu berhasrat menukar baucar berkenaan dengan pakaian persekolahan seorang anaknya yang akan menduduki Darjah Dua.

"Banjir besar November tahun lalu memusnahkan semua kelengkapan rumah termasuk peralatan persekolahan anak-anak saya.

"Kami perlu berjimat untuk berbelanja kerana saya dan suami hanya berniaga secara kecil-kecilan di rumah," katanya.

Seorang pesara askar tidak berpencen Ahmad Ismail, 37, bersyukur kerana baucar RM100 dapat membantu meringankan bebannya selepas diuji dengan banjir besar tahun lalu.

Ahmad yang bekerja sebagai tukang perak berkata, kediaman penduduk di kawasan itu ditenggelami air kira-kira dua meter dan mereka terpaksa tinggal di pusat pemindahan sementara hampir 11 hari.

Artikel Berkaitan:

Katanya lagi, rumah didiami kini hanya mempunyai keperluan asas sahaja dan mereka tidak mahu lagi membeli sebarang peralatan lain kerana mahu menjimatkan kos harian selain emmikirkan cabaran banjir yang dihadapi.

Penerima bantuan bergambar bersama pihak pengurusan Ikram dan Econsave.
Penerima bantuan bergambar bersama pihak pengurusan Ikram dan Econsave.

Ini kerana bapa tiga anak itu berkata penyakit jantung yang dihidapinya menyebabkan dia tidak mampu melakukan kerja-kerja berat.

"Baucar ini sekurang-kurangnya boleh ditukar dengan pakaian sekolah anak saya yang akan menduduki Darjah Satu minggu pada depan," katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Ikram Negeri Kelantan, Prof Dr Dasmawati Mohamad berkata, seramai 20 keluarga di kawasan perumahan itu menerima baucar sumbangan Econsave.

Jelasnya, hasil kolaboratif itu membolehkan ibu bapa berkenaan menukar baucar dengan pelbagai barangan pilihan mereka.

"Bagaimanapun, saya difahamkan mereka lebih memilih pakaian sekolah untuk menjimatkan kos perbelanjaan," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!