Dua lelaki Indonesia tak mengaku salah dagang senjata api
12 Februari 2025 | Berita Semasa Video
A
A
A
Dua lelaki warga Indonesia mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan berdagang empat pucuk pistol dan selaras raifal M4 pada Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Mohd Iskandar Othman.
Tertuduh, Husaini, 22, dan Zulkarnaini A Rahman, 44, didakwa mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (penalti lebih berat) 1971 yang membawa hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun serta sebatan tidak kurang enam kali jika sabit kesalahan.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah #Butterworth #senjataapi
