Bot pelancong dikompaun bawa lebih penumpang, barangan kargo

Sebanyak 51 buah bot bersama 270 penumpang diperiksa sepanjang operasi dijalankan di perairan Kuala Terengganu dan Pulau Perhentian.
Sebanyak 51 buah bot bersama 270 penumpang diperiksa sepanjang operasi dijalankan di perairan Kuala Terengganu dan Pulau Perhentian.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Lapan kompaun dikeluarkan ke atas bot pelancong yang dikesan membawa penumpang melebihi had dibenarkan dan menggunakan bot untuk membawa barangan kargo.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Zulafendy Hassan berkata, kesalahan itu dikesan hasil operasi bersepadu dijalankan Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga bersama bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Timur, Kuala Terengganu pada 3 hingga 10 Februari lalu.

Antara pemeriksaan dijalankan dalam operasi bersepadu pada 3 hingga 10 Februari lalu.
Antara pemeriksaan dijalankan dalam operasi bersepadu pada 3 hingga 10 Februari lalu.

Menurutnya, sebanyak 51 buah bot bersama 270 penumpang diperiksa sepanjang operasi dijalankan di perairan Kuala Terengganu dan Pulau Perhentian.

"Sepanjang tempoh itu, empat bot ronda digerakkan untuk menguatkuasakan undang-undang mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar 1952.

"Penguatkuasaan ini bagi memastikan nakhoda bot bebas daripada sebarang penyalahgunaan dadah serta memberi kesedaran kepada komuniti maritim supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya di sini, pada Rabu.

Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga bersama bersama Jabatan Laut Malaysia (JLM) Wilayah Timur, Kuala Terengganu menjalankan pemeriksaan ketika operasi bersepadu dijalankan pada 3 hingga 10 Februari lalu.

Dalam pada itu, katanya, operasi seumpama itu akan dijalankan dengan lebih kerap bagi membanteras sebarang pelanggaran undang-undang.

"Kita harap orang awam dapat memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan jenayah maritim kepada pihak berkuasa.

Artikel Berkaitan:

"Sebarang aduan boleh dilaporkan kepada Pasukan Polis Marin di talian 09-5137726," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!