Gerai mercun terbakar, lima kenderaan musnah

Gerai menjual mercun yang terbakar dan turut memusnahkan lima kenderaan. Foto bomba
Gerai menjual mercun yang terbakar dan turut memusnahkan lima kenderaan. Foto bomba
A
A
A

KUALA LUMPUR - Lima kenderaan musnah selepas sebuah gerai menjual mercun terbakar di Jalan Dataran Cheras 6, Dataran Perniagaan Cheras, Selangor malam ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar dalam kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 9.53 malam.

Beliau berkata, 13 anggota beserta tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Hussein Onn digegaskan ke lokasi kejadian.

Lima kenderaan yang terbakar ialah Toyota Vellfire, Perodua Bezza, Proton Saga serta dua motosikal.

"Kejadian tidak melibatkan sebarang kecederaan manakala punca kebakaran sedang disiasat,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!