Lima warga Myanmar ditahan tangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan

Lima lelaki Myanmar ditahan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di Pulau Tengah pada Isnin. Foto Maritim Malaysia
Lima lelaki Myanmar ditahan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di Pulau Tengah pada Isnin. Foto Maritim Malaysia
A
A
A

SHAH ALAM - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan lima lelaki Myanmar termasuk seorang tekong bot nelayan kerana menangkap ikan di kawasan tidak dibenarkan di kedudukan 9.2 batu nautika barat daya Pulau Tengah, pada Isnin.

Pengarahnya, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, kesemuanya berusia antara 18 hingga 42 tahun ditahan semasa mengendalikan sebuah vesel nelayan tempatan (VNT) kelas C sekitar 12 tengah hari, menerusi operasi rutin Maritim Malaysi di perairan Selangor.

Tangkapan ikan dianggar seberat 50 kilogram turut dirampas. Foto Maritim Malaysia
Tangkapan ikan dianggar seberat 50 kilogram turut dirampas. Foto Maritim Malaysia

"Mereka gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri sah atau surat kebenaran daripada Ketua Pengarah Perikanan Malaysia untuk bekerja di vesel itu dan melakukan aktiviti penangkapan ikan kurang 15 batu nautika dari daratan.

"Mereka juga didapati melanggar syarat tambahan iaitu tidak mengibarkan bendera Malaysia semasa belayar,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Vesel nelayan tempatan kelas C yang ditahan di perairan Selangor pada Isnin. Foto Maritim Malaysia
Vesel nelayan tempatan kelas C yang ditahan di perairan Selangor pada Isnin. Foto Maritim Malaysia

Abdul Muhaimin berkata, kes disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

Kelima-lima mereka, vesel dan tangkapan ikan dianggar seberat 50 kilogram dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah, Klang untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysi bagi tindakan lanjut. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!