Lelaki maut akibat jangkitan berpunca gigi berlubang

Perkongsian gambar oleh isteri mangsa.a
Perkongsian gambar oleh isteri mangsa.a
A
A
A

JAKARTA - Seorang lelaki meninggal dunia akibat jangkitan serius berpunca daripada masalah gigi berlubang.

Menerusi perkongsian isterinya, Amanda Prawiria, di TikTok, suaminya, Mochamad Firmasyah, 40-an, tidak pernah menjalani pemeriksaan gigi.

Menurutnya meskipun mengalami kesakitan suaminya hanya bergantung kepada ubat tahan sakit.

“Baru-baru ini Firmasyah mengalami bengkak di pipi dan hanya menampal koyok pada bahagian tersebut dengan harapan sakitnya akan reda.

“Pagi-pagi seperti biasa pergi kerja, terus mengadu leher bengkak dan kirim gambar. Dikira sakit gigi biasa, makanya pipi ditampal koyok,” katanya.

Namun, keadaannya semakin teruk apabila bengkak mula merebak sehingga menyukarkan suaminya makan dan bernafas.

Gelisah melihat keadaan suaminya yang semakin parah, Amanda segera membawa Firmasyah ke wad kecemasan.

Bagaimanapun, selepas menerima rawatan neb, mereka diminta pulang tanpa sebarang pemeriksaan lanjut mengenai masalah gigi berlubang yang dihadapinya.

Artikel Berkaitan:

Namun, keadaan Firmasyah semakin merosot hingga menyukarkannya untuk makan dan tidur.

Pada hari yang sama, dia dibawa semula ke hospital dan kali ini Amanda menceritakan tentang masalah gigi suaminya, sehingga membawa kepada penemuan mengejutkan.

Menurut doktor, jangkitan berpunca daripada gigi berlubang telah merebak ke bahagian leher dan bahu Firmasyah.

Pemeriksaan lanjut mendapati terdapat nanah yang telah merebak, menyebabkan doktor segera menempatkannya di unit rawatan rapi (ICU) untuk menjalani pembedahan.

“Doktor kata ada nanah dan perlu operasi segera. Dibawa untuk x-ray gigi dan paru-paru, hasilnya bengkak bukan disebabkan keradangan tetapi jangkitan dari nanah hingga merebak ke leher dan bahu,” jelas Amanda.

Selepas dua hari menjalani pembedahan, keadaan Firmasyah semakin merosot dan dia terpaksa ditidurkan sebelum koma dan menghembuskan nafas terakhir.

@sinarharianonline

#ICYMI Seorang lelaki meninggal dunia akibat jangkitan serius berpunca daripada masalah gigi berlubang. Menerusi perkongsian isterinya, Amanda Prawiria, di TikTok, suaminya, Mochamad Firmasyah, 40-an, tidak pernah menjalani pemeriksaan gigi. #SinarHarian #SinarTerkini #SakitGigi #GigiBerlubang #MeninggalDunia

Kemarin - Seventeen

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!