Trump isytihar 9 Februari sebagai 'Hari Teluk Amerika'

Trump bercakap kepada pihak media sebelum menandatangani pengisytiharan untuk menukar nama Teluk Mexico kepada Teluk Amerika di atas pesawat Air Force One di Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, West Palm Beach, Florida. Foto AFP

A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Ahad mengisytiharkan 9 Februari sebagai 'Hari Teluk Amerika', lapor Agensi Anadolu (AA).

Trump menandatangani pengisytiharan itu di dalam pesawat Air Force One ketika dalam penerbangan merentasi Teluk Mexico menuju ke New Orleans, Louisiana bagi menghadiri perlawanan Super Bowl.

"Saya menyeru pegawai awam dan seluruh rakyat Amerika Syarikat untuk memperingati hari ini dengan program, upacara dan aktiviti yang bersesuaian," katanya dalam pengisytiharan itu.

Pada 20 Januari, selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden ke-47, Trump menandatangani perintah eksekutif yang mengarahkan Setiausaha Dalam Negeri untuk mengambil semua tindakan sewajarnya bagi menamakan semula Teluk Mexico kepada 'Teluk Amerika'. - Bernama-AA

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!