Selepas Teluk Amerika, Musk cadang tukar nama Selat Inggeris pula

WASHINGTON - Elon Musk yang merupakan sekutu rapat kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mencadangkan supaya menamakan semula Selat Inggeris kepada Terusan George Washington sempena nama Presiden pertama AS.
Taikun teknologi itu sekali lagi cuba mencetuskan kekacauan selepas Teluk Mexico secara rasmi ditukar menjadi Teluk Amerika.
Menerusi platform X, Musk turut berkongsi peta kedudukan selat tersebut dengan kapsyen 'nama baharu perairan yang memisahkan England dan Perancis'.
Catatan itu mungkin mahu memaparkan 'hubungan istimewa' antara Britain dan AS dan pengasingan geografi negara itu dari rantau Eropah.
Ia bukanlah pertama kali Musk cuba menggugat kestabilan politik di Britain menggunakan platform media sosial miliknya itu sebagai 'megafon peribadi' dan menyebarkan maklumat yang salah.
Pada awal bulan lalu, beliau 'menyerang' Perdana Menteri Britain, Keir Starmer selain menunjukkan minat dengan politik Jerman apabila menzahirkan sokongan kepada ahli politik sayap kanan. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!

